Pengenalan

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara lain

Kehidupan di pusat-pusat pengajian tinggi (IPT) merupakan suatu kehidupan yg pastinya berbeza dari kehidupan di pusat-pusat matrikulasi. Cabaran, dugaan dan rintangan yang lebih sukar yang bakal ditempuhi di IPT menuntut kepada pendekatan dan cara penyelesaian yang berbeza.

Jesteru, persediaan dan persiapan yang lebih awal dan lebih tersusun dari aspek mental, fizikal dan spiritual adalah amat diperlukan. Kekurangan persediaan sebelum melangkah ke IPT adalah antara faktor penyebab utama ramai dikalangan pelajar-pelajar tersungkur di semester-semester awal pengajian.

Sehubungan itu, Seminar Menara Gading (SMG) dianjurkan oleh Jawatankuasa IPT Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM IPT) bagi membantu para pelajar ini bersedia menjalani corak kehidupan baru di IPT serta memberi pendedahan awal tentang teknik-teknik penting untuk cemerlang di IPT